Tujuan Dasar Ekonomi Baru adalah untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi. Pengurusan berhemat ekonomi makro bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan cekap serta usaha memperkukuhkan daya tahan sistem kewangan diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan. Strategi untuk menangani cabaran utama dalam tempoh Rancangan termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga manusia yang berkualiti, menggiatkan aktiviti P&P dan meningkatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan. Bagi membolehkan Negara membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi negara perlu beroperasi pada sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama, tumpuan akan juga diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Usaha juga akan dilaksana bagi memastikan kehidupan sosial masyarakat diperkukuh dan mempunyai daya tahan untuk menghadapi pengaruh negatif yang mungkin akan member kesan terhadap asas toleransi dan keharmonian sosial serta pembinaan nusa bangsa.
No comments:
Post a Comment